Main

Cara Mudah Buat Embossed Watermark

6:12 PM

8

Cara paling mudah memasang watermark ialah dengan menambahkan tulisan atau logo ke atas gambar. Namun, penambahan watermark yang terlalu besar, berwarna-warni atau menyerlah, boleh mencacatkan sesuatu imej yang ingin dikongsikan. Masalah ini boleh diselesaikan sekiranya “embossed watermark” digunakan.
Berikut ialah contoh gambar yang diletakkan “embossed watermark”. Ia telah dibuat menggunakan aplikasi Sumo Paintsahaja. Dengan adanya watermark seperti ini, gambar anda akan kelihatan lebih profesional (ala-ala Bernama Image…LOL).

**Note: I don’t own this image. It is used to demonstrate the “watermark” only…
Mahukah anda membuat watermark seperti ini secara DIY? Mudah… anda hanya perlu ikut 3 langkah berikut…
  1. Cipta satu logo untuk blog atau laman sesawang anda. Anda juga boleh gunakan logo sedia ada tetapi haruslah diedit terlebih dahulu.
  2. Masukkan “layer effects” tertentu bagi menimbulkan ilusi “embossed”.
  3. Uji watermark ini dan simpan dalam pelbagai saiz.
Kesemua langkah-langkah di atas ada diterangkan secara terperinci di dalam entri-entri berikut:

Tutorial Bahagian 1
Tutorial Bahagian 2