Main

Segmen : Saya Blogger Negeri …….

2:17 AM

39

Sebenarnya sudah lama aku di-tag untuk segmen ini, tetapi baru sekarang tergerak jari untuk menulis entri. Terima kasih kepada +baby comel dan Nabila Biela kerana sudi menjemput…
Segmen yang diberi nama “Saya Blogger Negeri …….” ini, telah dianjurkan oleh FizGraphic Dot Com sebagai satu inisiatif mengeratkan silaturrahim sesama rakan blogger. Di samping itu, dapat juga mengenali dan mempelajari keistimewaan yang terdapat di setiap negeri yang ada di Malaysia.

Aku sebenarnya tidak pasti mahu mengklasifikasikan diri ini di bawah negeri mana. Tetapi kalau mengikut alamat yang aku berikan di Google +, bolehlah dikatakan yang aku ialah blogger negeri Kuala Lumpur. Hakikatnya, aku tinggal di sempadan Kuala Lumpur dan Selangor. Lima minit berjalan kaki aku sudah sampai ke negeri Selangor…haha.
Walaupun telah dilahirkan di Kuala Lumpur, disebabkan kawasan kediaman aku yang lebih hampir dengan negeri Selangor, aku banyak menghabiskan usia persekolahan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Kiranya patriotisme aku lebih kepada Selangor lah…hehe. Waktu itu pun sekolah-sekolah tidak banyak di kawasan kediaman aku. Hari ini terlalu banyak pula sekolah…
Oleh kerana tempat tinggal aku tidaklah terlalu jauh dengan pusat bandar Kuala Lumpur, rasanya daya tarikan utama adalah apa sahaja yang ada di pusat bandar tersebut. 10 minit sahaja masa diambil menaiki LRT untuk ke KLCC. Tetapi memang jarang aku menjejakkan kaki ke sana kalau tidak terpaksa.
Semakin usia aku meningkat semakin sukar juga untuk aku berjalan-jalan. Rasanya aku pernah memberitahu yang aku tidak sukakan tempat yang sesak dan ramai orang di entri INI. Oleh itu, aku lebih gemar menghabiskan masa di kawasan sekitar sahaja….
Dari segi makanan pula, memang banyak pilihan. Cuma kalau mahu cari yang betul-betul sedap memang susah sedikit. Maklumlah kadang-kadang reputasi sesebuah tempat makan itu “lebih indah khabar dari rasa”…haha. Kadang-kadang ada juga yang “lebih mengosongkan poket dari mengenyangkan perut”.
Sebagai memenuhi syarat penganjur, aku ingin tag +Mar Haini Abdul Rahim bagi memeriahkan lagi segmen ini… Oh ya, jika anda yang membaca juga mahu menyertai segmen ini, sila ringankan tulang jari (pinjam ayat penganjur…haha) untuk klik banner di atas…