Main

Cara Mudah Buat Contact Form Untuk Blog

7:31 AM

213

 | Entri kali ini akan menerangkan cara-cara membuat Contact Form di blog(terutamanya blogspot) menggunakan aplikasi Google Drive. Sekiranya anda tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan Contact Form, sila lihat contoh di halaman CONTACT blog ini.
1. Mula-mula anda haruslah memiliki akaun Google. Jika tiada, tidak rugi untuk mendaftar kerana dengan satu akaun Google anda boleh mengakses 8 aplikasi berbeza…haha. Gmail, Google+, Youtube, Blogger, Google Drive, Picasa Web Albums, Webmaster dan Google Analytics merupakan akaun-akaun yang bakal anda perolehi sekaligus.
2. Jika anda sudah memilikinya, sila log masuk dan kemudian klik pada menu Drive di bahagian atas browser.

3. Kemudian, klik butang Create dan pilih Form seperti yang ditunjukkan di bawah…

4. Apabila tetingkap baru muncul, anda diberi pilihan untuk menamakan “fail Form” ini serta memilih rekaan yang tersedia seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah. Setelah membuat pilihan, klik butang “OK”…

5. Selepas itu, anda akan dibawa masuk ke ruangan meng-edit Form. Anda boleh tukar tajuk Form ini beserta keterangan mengenainya seperti yang ditunjukkan di bawah…

6. Oleh kerana kita mahu buat Contact Form, ruangan yang disediakan haruslah dalam bentuk “Text” dan “Paragraph Text”. Untuk menukar jenis soalan, sila klik pilihan di sebelah kanan “Question Type” dan tukar kepada “Text”…

Jangan lupa untuk isikan “Question Title”. Ini merupakan heading yang akan digunakan bagi kotak teks yang baru anda tetapkan sebentar tadi… Anda juga boleh tick pada ruang “Required question” supaya kotak ini tidak dibiarkan kosong oleh pengguna nanti…
7. Setelah selesai, klik butang “Done” dan anda akan lihat rekabentuk sebenar kotak teks tadi…

8. Tambahkan beberapa ruangan lagi bagi menghasilkan Contact Form yang lengkap seperti yang ditunjukkan di bawah…

9. Rekabentuk Contact Form anda telah siap. Kini, anda perlu tentukan tempat untuk menyimpan maklumat yang diisi pula. Sila klik pada butang “Choose response destination” seperti yang ditunjukkan di bawah.

10. Pilih “New spreadsheet” seperti yang ditunjukkan di bawah dan namakan fail ini mengikut kesesuaian anda. Setelah selesai, klik butang “Create”…
11. Sekarang, segala maklumat dan butiran yang bakal dihantar akan dimasukkan ke dalam fail spreadsheet ini. Tetapi, bagaimana anda mahu tahu sekiranya ada orang menghantar Contact Form?
Ini boleh dilakukan dengan mudah melalui fail spreadsheet berkenaan. Pada halaman meng-edit Form, klik butang “View responses” untuk membuka fail spreadsheet ini.
12. Setelah fail spreadsheet dibuka, klik menu “Tools” dan pilih “Notification rules”.
13. Ikut setting seperti yang ditunjukkan di bawah dan klik butang “Save”… Ini supaya e-mel dihantar setiap kali Contact Form ini diisi dan dihantar oleh pengguna…
14. Langkah yang terakhir ialah memasukkan Contact Form ini ke dalam laman blog anda. Ini boleh dilakukan dengan mudah melalui “embed code” yang disediakan. Untuk mendapatkan kod ini, klik menu “File” di halaman meng-edit Form, dan pilih “Embed”.
Kod “iframe” akan dipaparkan dan sila masukkan kod ini ke dalam Page baru di dashboard blog anda…
Untuk melihat Contact Form yang digunakan sebagai contoh dalam entri ini secara LIVE, sila klik SINI…
Sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan, sila tinggalkan komen di bawah atau hantarkan pertanyaan tersebut melalui halaman CONTACT…