Segmen Bloglist
Hujung minggu ini aku agak sibuk sedikit, jadi entri pun tidak banyak diterbitkan. Aktiviti blogwalking pun tergendala. Tidak seperti biasa… Tetapi jangan risau aku akan cuba juga singgah di blog-blog anda yang telah meninggalkan “jejak”…
Memandangkan ada segmen anjuran +Aku Penghibur dan ianya tidak memerlukan blogwalking, aku pun ambil kesempatan untuk memeriahkan acara. Hehe…nampak sangat ambil jalan mudah untuk terbitkan entri hari ini…
AkuPenghibur
Untuk pengetahuan semua, segmen ini bakal tamat pada jam 10 pagi hari esok (11 Mac 2013). Jadi apa ditunggu lagi, marilah kita beramai-ramai menyertai pencarian bloglist blog akupenghibur. Sebanyak 15 blog bertuah bakal ditempatkan di sana nanti… Klik banner di atas untuk sertai segmen ini…