Main

Blog Timizero Diganggu Makhluk Halus? | 18SG

7:25 AM

46

Tajuk entri kali ini agak misteri dan kandungannya mungkin tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang lemah semangat…huhu.
Peristiwa ini baru berlaku pada hari Ahad iaitu semalam. Aku seperti biasa, membuka e-mel agak lewat sedikit pada hari itu. Hendak katakan lewat sangat pun tidaklah juga, tetapi hampir-hampir jugalah dengan waktu Maghrib.
Aku melihat jam di skrin komputer sambil berkata-kata di dalam hati, “ahh… ada dalam setengah jam lagi ni nak maghrib, sempat lagi nak tengok e-emel…”
Gambar diambil dari Google
Tiba-tiba aku rasakan bulu tengkuk aku berdiri dan meremang… Disusuli bunyi berdesup angin masuk melalui tingkap yang hampir dengan meja komputer aku… Tetapi aku teruskan juga me-log masuk ke akaun e-mel…
“Eh? Kenapa pelik ni?”, sesuatu yang pelik terjadi pada paparan skrin komputer…
“Alamak, macam mana ni…?”
Aku cuba “refresh” halaman tersebut beberapa kali tetapi masih lagi kelihatan pelik… Aku kuatkan semangat dan masih belum berputus asa untuk terus mencuba…
Setelah jari-jemari aku agak lenguh, aku cuba pula masuk ke blogger.com…
Hmmmm….memang sah! Ini mesti dia punya kerja…

Kualiti gambar kurang memuaskan. Klik untuk besarkan.
Hihihi… Sekali 22 komen dia “balun”… Itulah dia Hantu Komen

PS: Hantu Komen dalam penulisan di atas merujuk kepada Adik Rock, ataupun lebih mesra dengan panggilan +Iha Zaliza. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana telah sudi singgah ke blog ini, membaca entri-entri lama, serta meninggalkan komen secara “bundle”…
Kepada rakan-rakan yang belum lagi sempat berkenalan dengan beliau, silalah singgah ke blog Bila Budak Banyak Bebel Buat Bising… Banyak entri-entri yang menarik ada di sana…