Main

Aizat feat. Yuna – Dwihati | Lagu Baru 2013

7:20 AM

20

Nampaknya impian para peminat yang mahu melihat Aizat berduet bersama Yuna sudah menjadi kenyataan. Sebuah lagu baru yang diberi judul “Dwihati” telah pun dimuat naik ke laman Youtube di bawah channel Aizat sendiri…
Lagu “Dwihati” ini adalah hasil ciptaan Anas, manakala liriknya pula telah ditulis oleh Aizat dan Noh Hujan… Noh Hujan? Apa kena mengena Noh dalam ini lagu? Hihihi…mungkin sebab sudah alang-alang Aizat dan Noh pun ada berduet dalam sebuah lagi lagu baru, jadi tidak mustahil mereka berkongsi idea untuk lagu ini juga…agaknya lah…
Mari kita dengarkan dan hayati klip video lagu “Dwihati” ini terlebih dahulu…

Lirik
Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan
Penuh warna, penuh seni
Tak layak ku miliki

Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Diantara kita
Suka sama suka
Aku pasti kau punya hati ingin bersama jua

Oh.. tidak semestinya
Sebuah cerita cinta
Kan berakhir sesempurna, seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Secara keseluruhannya, susunan muzik “Dwihati” kedengaran seperti mahu mengekalkan “bunyi” Yuna. Dengan instrumentasi ala-ala lagu lama persis “Terukir Di Bintang” dan “Lelaki…”, pasti ramai yang menyangkakan ia adalah hasil kerja Yuna dan AG Coco. Padahal, ia adalah produk Kasi Gegar Entertainment dan ini adalah lagu Aizat menampilkan Yuna, bukan sebaliknya…
Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan juga kepada Anas kerana berani menulis lagu dalam format 3/4 atau waltz (kalau tak salah dengar lah). Ini menyebabkan sesiapa yang mendengar lagu ini pasti akan berasa seperti dibuai-buai oleh rentaknya… Memang sangat kena dengan lirik “Dwihati” yang romantis!
PS: Ada juga yang kata klip video lagu ini menciplak “Owl City – Fireflies”…hehehe…mungkin pengarahnya “terinspirasi” agaknya…