MainTutorial

Cara SHARE Fail Dari Google Drive

Cara SHARE Fail Dari Google Drive ~ Di sepanjang tempoh ketidakaktifan, blog TIMIZERO sering dilawati oleh para Anonymous. Mereka ini memang tidak pernah mengenal jemu, begitu rajin meninggalkan “jejak” yang tidak pernah diundang…haha. 
Namun, jangan ingat semua Anonymous adalah SPAMMER! Ada juga Anonymous yang “ikhlas”. Mungkin mereka tidak mahu menggunakan ID mana-mana akaun atas sebab-sebab tertentu, siapa tahu?
Salah satu contoh adalah komentar yang ditinggalkan oleh Anonymous yang ini (sila lihat gambar di bawah)…

Anonymous yang ikhlas

Beliau ingin tahu cara untuk SHARE atau berkongsi mana-mana fail yang ada di dalam Google Drive dengan individu lain. Memandangkan agak panjang jika mahu ditulis di ruangan komen entri yang disinggahi beliau, aku rasa ada eloknya jika sebuah entri khas dibuat bagi menjawab persoalan ini…
Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk SHARE atau berkongsi fail-fail yang ada di dalam Google Drive…
1.  SHARE melalui jemputan e-melIni merupakan cara yang paling privasi sekali. Hanya orang yang mendapat e-mel sahaja yang boleh mengakses fail yang mahu dikongsikan. Untuk menggunakan kaedah ini, anda hanya perlu memasukkan e-mel individu-individu berkenaan ke dalam ruangan yang disediakan seperti ditunjukkan di bawah…

Share Fail Google Drive Melalui E-mel

Jangan lupa untuk menetapkan jenis akses, iaitu samada si penerima hanya boleh melihat fail sahaja, boleh mengedit fail, ataupun boleh meninggalkan komen pada fail yang berkenaan.  2. SHARE Melalui Pautan (LINK)Sesiapa sahaja yang memiliki LINK boleh mengakses fail yang dikongsikan melalui cara ini. Oleh itu, anda perlu berhati-hati dan memastikan tidak menggunakan kaedah ini untuk mana-mana fail penting dan sulit.
Untuk mengaktifkan perkongsian ini, anda perlu menukar “privacy setting” fail yang berkenaan terlebih dahulu. 

Menukar Privacy Setting Fail Google Drive

Sila pilih “opsyen 1” atau “opsyen 2” seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah…

Share Fail Google Drive Dengan Link

Kemudian, jangan lupa untuk menetapkan jenis akses yang akan diberikan kepada mereka yang memiliki LINK ini nanti. AWAS!! Jika anda pilih jenis akses “Can Edit”, sesiapa sahaja boleh menukar isi kandungan fail-fail yang dikongsikan.
3. SHARE Secara WebhostAnda harus pilih “opsyen 2” seperti yang ditunjukkan dalam gambar sebelum ini bagi membolehkan sesebuah fail itu dikongsikan secara webhost. Apabila menggunakan kaedah ini, fail boleh dibuka secara terus melalui browser internet sahaja. Berbeza jika SHARE dengan LINK, fail akan dibuka menggunakan iFrame Google Docs. 
Contoh yang mudah adalah fail imej seperti GIF atau PNG. Sila klik pautan di bawah bagi melihat apa yang berlaku pada fail GIF yang aku kongsikan dengan LINK…

Pautan di bawah pula adalah apabila fail yang sama dikongsikan secara webhost…
Nampak perbezaannya?
4. Kepilkan Fail Bersama E-MelIni merupakan cara tradisional yang paling tidak digalakkan Google…hehe. Walaubagaimanapun jikalau anda mahu juga kepilkan fail dari dalam Google Drive kepada si penerima, anda boleh lakukannya dengan memilih opsyen “Email as attachment” seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah… 

Kepil Fail Google Drive Bersama E-mel