MainTutorial

Kemerosoton Aktiviti Blog TIMIZERO

6:39 PMHatimi Tahirruddin27Nampaknya bulan Ogos ini adalah bulan yang paling teruk dari sudut keaktifan blog timizero.my. Manakan tidaknya, hanya ada kurang 10 entri sahaja yang berjaya diterbitkan setakat ini. Berkurangnya aktiviti semasa bulan Julai yang lalu secara tidak langsung telah berjangkit dan merebak tanpa aku sedari…

Kalau hendak dicari punca dan dibuat post mortem, memang 1001 sebab musabab boleh dihuraikan di dalam penulisan ini. Cuma aku rasa tidak perlu lah untuk dikecoh-kecohkan.
Apa yang penting, aku sekarang sedang cuba untuk mendapatkan semula momentum yang lama. Tidak tahulah pula samada momentum berkenaan akan datang secara cepat ataupun lambat. Mungkin juga tidak datang langsung…haha.
Apabila bercakap tentang tahap keaktifan sesebuah blog, kita hanya terfikirkan bilangan entri-entri yang diterbitkan sahaja. Bagi aku pula, tahap kerajinan seseorang blogger untuk blogwalking juga harus diambil kira sekali.
Aku boleh sahaja menaip entri ringkas umpama status di laman sosial jika sekadar mahu memastikan blog sentiasa dihidangkan dengan entri-entri terbaru. Tetapi apabila memikirkan adakah aku bersedia untuk membalas jejak selepas itu, aku menukar kepada lebih baik tidak menulis apa-apa langsung.
Jejak blogwalking yang ditinggalkan pun masih banyak yang belum sempat aku balas, inikan pula jika mahu menambah lagi hutang sedia ada…LOL
Oleh kerana tidak banyak entri yang diterbitkan dalam bulan ini, aku mengambil keputusan untuk membatalkan Carta Juara Komen bagi bulan Ogos. Rasa seperti tidak adil jika mahu mengumumkan nama-nama “pengomen tegar”, sedangkan tuan empunya blog tidak pula tegar menerbitkan entri…hehehe.
Lagi satu alasan adalah kerana mungkin ada yang singgah ke sini tetapi tidak dapat meninggalkan komen disebabkan tiada entri yang terbaru. Aku perasan beberapa orang rakan telah meninggalkan pesanan di ruangan Kotak Sembang sahaja. Jadi, untuk mengumumkan Carta Juara Komen memang tidak adil bagi mereka-mereka ini.
Apa-apa pun, aku sangat-sangat menghargai sesiapa sahaja yang sudi singgah ke sini, walaupun blog ini agak terabai kebelakangan ini…
Aku juga ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang telah meninggalkan jejak tetapi belum dapat aku membalasnya. Aku akan cuba blogwalking secara perlahan-perlahan sehinggalah momentum yang lama menjelma semula…haha.