Uncategorized

Lagu Iklan Proton Suprima S (2013) | Just the Two of Us


17
Entri kali ini berkisar kepada lagu yang digunakan dalam iklan Proton Suprima S yang kerap muncul di kaca TV sekarang ini. Seperti yang ramai ketahui, ia adalah lagu yang berjudul “Just the Two of Us” yang telah diterjemahkan beberapa bait liriknya ke dalam bahasa Melayu… 

Sumber imej: Proton Edar

Hmm…secara peribadinya, aku agak skeptikal sedikit apabila lagu berkenaan yang dipilih.
Bukan apa, tidak adakah lagu-lagu tempatan lain yang boleh dipilih? Mengapa harus gunakan lagu luar untuk iklan kereta tempatan yang ditayangkan di TV tempatan? Paling tidak pun, upahlah mana-mana komposer tempatan untuk buat jingle… Kalau nak “ciplak” sikit-sikit pun tidak mengapa, macam yang biasa dilakukan oleh kebanyakan iklan-iklan lain…hehehe. 
Berbalik kepada topik asal, lagu “Just the Two of Us” ini agak popular juga sebenarnya. Kepada yang mungkin tidak tahu, lagu ini telah diterbitkan pada tahun 1981 di dalam album pemain saksofon Grover Washington, Jr yang berjudul “Winelight”. Dalam rakaman album berkenaan, Washington telah mengundang Bill Withers (yang merupakan salah seorang pencipta lagu ini di samping William Salter dan Ralph MacDonald) untuk mempersembahkan vokal.
Lagu ini telah berjaya berada di dalam carta Billboard Hot 100 selama 3 minggu, dan kedudukan tertinggi yang dicapai adalah pada tangga kedua carta berkenaan. Selain daripada itu, “Just the Two of Us” juga pernah merangkul anugerah Grammy dalam kategori Lagu R&B Terbaik…

Bagi aku pula, aku hanya mengenali lagu ini apabila Will Smith mengubahsuainya kepada lagu yang bergenre Hip Hoppada tahun 1998 dahulu. Versi Will Smith pun agak popular juga ketika itu. Tetapi ramai generasi muda zaman itu tidak mengetahui yang ianya merupakan lagu lama yang diberi nafas Hip Hop, termasuklah aku sendiri…hehehe.
PS: Masih banyak hutang blogwalking yang belum dilangsaikan…huhu.NextKemerosoton Aktiviti Blog TIMIZEROPreviousSilence Day of Wednesday Op.54

Related Posts

Nuffnang Ads

17 Comments:

  1. Che Rosliza Che MatAugust 25, 2013 at 12:01 AMnice kereta…Reply
  2. Aku PenghiburAugust 25, 2013 at 12:19 AMohhh ini lagi lama… tahu masa will smith masa (hip hop) , setuju apa timi cakap lebih best kalau guna lagu local ..mungkin ada sebab yang kukuh mereka pilih lagu nie Reply
  3. S.K.AAugust 25, 2013 at 10:01 AMxthu pn pasal ni..rasanya xpnh tgok pn iklan kreta baru ni kt tv..bab lagu 2 mmg betol, rsanya lebih elok guna lgu Bm dr ciplak mn2 lagu..tnjuk skit yg Malaysia ni kreatif =)Reply
  4. Tinta LanaAugust 25, 2013 at 6:18 PMSalam.

    Versi asal memang saya tak pernah dengar, lahir pun belum lagi,huhu..versi will smith pun ingat2 lupa Reply
  5. ANNA MARIANAAugust 26, 2013 at 9:06 AMwow, rasa macam dah jatuh cinta pulak ngn keta ni Reply
  6. dear xilaAugust 26, 2013 at 1:29 PMtak tahu lgsung pasal lagu ni tp kete proton ni mcm cakit je nak beli tp bergaya gak ek nakkkkkkkm ;pReply
  7. Mia LianaAugust 27, 2013 at 12:27 AMnampak cantik body kereta ni…Reply
  8. ||aLeaSaRa||August 27, 2013 at 1:59 PMsalam timi.tqvm tau sebab sudi jugak bw ke blog kak lea terharu 

    owh kita sependapatlah.kak lea pun tak setuju…lagu tu takda jiwa……

    dulu masa kak lea sekolah rendah,EON pernah keluarkan lagu raya…sampai sekarang kak lea ingat bait2 lagu dan melodinya….sepatutnya proton ubah suai sikit lirik lagu tapi kekalkan melodinya…best!!!

    Hari raya hari yang mulia,
    penuh bererti kepada kita,
    tua muda miskin dan kaya,
    menyambutnya dengan gembira

    berhati-hati di jalanraya,
    semoga anda selamat tiba,
    ucapan selamat hari raya,
    dari EON untuk semua….

    tengok tu..kak lea ingat lagi liriknya Reply
  9. waimantakwaAugust 30, 2013 at 7:35 AMBest lagu tue..Reply
  10. AiSyA LiEzAAugust 30, 2013 at 3:39 PMkan elok majukan industri sndiri..ehhehe.. baru tau ttg lagu ni =)Reply
  11. baby comelAugust 31, 2013 at 1:38 PMPasal lagu aku failed sikit. Nak kena dengar balik iklan tu baru boleh tau. KekekekeReply
  12. cik kaki ketaweAugust 31, 2013 at 5:10 PMweh aku suka versi will smith…lagi best Reply
  13. ayutSeptember 1, 2013 at 9:16 PMlagu yer ayut mmg tak amik tahu la plak timi….huhuhu..tau kete jer. Reply
  14. cik azLyzah⊙.☉September 15, 2013 at 9:57 PMVersi will smiyh best woooooooReply
  15. ary magMarch 24, 2014 at 11:54 PMvery nice car with awesome color
    embroidered jacketsReply
  16. Sheila GaoMarch 25, 2014 at 12:11 AMEntri kali ini berkisar kepada lagu yang digunakan dalam iklan Proton Suprima S yang kerap muncul di kaca TV sekarang ini. Seperti yang ramai ketahui, ia adalah lagu yang berjudul “Just the Two of Us” yang telah diterjemahkan beberapa bait liriknya ke dalam bahasa Melayu… 
    embroidery servicesReply
  17. Ronie CueMarch 25, 2014 at 1:00 AMLagu ini telah berjaya berada di dalam carta Billboard Hot 100 selama 3 minggu, dan kedudukan tertinggi yang dicapai adalah pada tangga kedua carta berkenaan. Selain daripada itu, “Just the Two of Us” juga pernah merangkul anugerah Grammy dalam kategori Lagu R&B Terbaik…
    embroidery servicesReply
:)
:))
;((
:-)
=))
;(
;-(
:d
:-d
@-)
:p
:o
:>)
(o)
[-(
:-?
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
$-)
(b)
(f)
x-)
(k)
(h)
(c)
cheer

Click to see the code!
To insert emoticon you must add at least one space before the code.

Advertisement

Nuffnang Ads

Banners

Jom Senyum Bersama Aku Penghibur
ANNA MARIANA
akuayut
cik azLyzah
Puteri Kasih

Popular Posts

Recent Posts

Error Loading Feed!

Subscribe by Email

Be My Followe

Juara Komen Julai 2013

Blogged.my
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
iskandarX Society backlink,backlink percuma,free auto backlink,auto backlink