MainMujik

MOJO – Dark Clouds | OST Vikingdom 2013

8:13 PMHatimi Tahirruddin17Seperti yang ramai ketahui, “Dark Clouds” ialah single terbaru kumpulan MOJO yang juga merupakan OST kepada filem Vikingdom hasil produksi KRU. Ada yang sudah menontonnya? Aku belum lagi, maklumlah aku bukan “kaki wayang”…hehehe.
Lagu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim ini menampilkan konsep rock bersama orkestra. Dengan gaya nyanyian Aweera yang mampu menyampaikan nada-nada tinggi, serta penggunaan bunyi-bunyi synthesizer dari permainan keyboard Edry, ditambah lagi dengan susunan koir dan strings orkestra (synthesizer juga), lagu ini memiliki ciri-ciri lagu rock di Eropah. 
Kebetulan, kecenderungan penggemar lagu rock Melayu itu sendiri memang banyak dipengaruhi muzik-muzik Eropah. Ini kerana mereka lebih sukakan sesuatu yang bermelodi, berbeza jika hendak dibandingkan dengan “citarasa” Amerika yang lebih tertumpu kepada improvisasi nyanyian.
Oleh itu, penerbitan single MOJO kali ini dilihat sebagai serampang dua mata. Selain dapat menambat hati peminat tempatan, ia juga mampu memasuki pasaran antarabangsa…

Walaupun Edry sendiri ada mengatakan bahawa susunan muzik beliau kali ini agak berat sedikit, aku merasakan sebaliknya. Bagi aku “Dark Clouds” masih mesra radio dan mudah diterima khalayak… Mungkin kalau berat pun, “distortion” gitarnya sahaja…hehe.
Secara jujurnya, aku tidak dapat “merasa” sangat lagu ciptaan Edry kali ini. Mungkin juga disebabkan darah “rock kapak” aku yang sudah beransur-ansur pudar agaknya…hehehe entahlah… Apa-apa pun, kalau ini adalah pertandingan mencipta lagu tema Vikingdom“Dark Clouds” wajar mendapat markah penuh!!