Drama jepun

Review: PES from RIP SLYME – Megami no KISS

Memandangkan beberapa hari lalu aku ada membuat review tentang JDrama yang berjudul Legal High, maka kali ini aku akan bercerita pula tentang lagu penutupnya. Megami no KISS ialah lagu nyanyian PES dari album solo pertama beliau, Suteki na KotoPES ialah salah seorang ahli kumpulan hip hop Jepun, RIP SLYME dan telah menggunakan nama PES from RIP SLYME untuk projek solonya. Seorang lagi ahli kumpulan ini turut berlakon di dalam drama Legal High tetapi sekadar memegang watak “Hang Kebun”…..haha.

Aku belum pernah mendengar lagu-lagu lain dari album beliau, tetapi lagu Megami no KISS ini pada pendapat aku memang tidak rugi untuk didengar. Mungkin juga disebabkan lagu ini kerap kali berkumandang di hujung drama menyebabkan aku berkata demikian. Tetapi apa yang pasti ada sesuatu dari lagu ini yang membuatkan aku tertarik.
Secara keseluruhan, lagu ini agak sedikit funky jadi sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan berasa ingin menggoyangkan badan. Permainan gitar pula lebih kepada gaya groovy ala-ala Maroon 5 dengan iringan permainan 16th note dari drummer. Bunyi horn instruments yang muncul sekali sekala memberikan sedikit rasa jazz ke dalam lagu ini.
Tetapi apa yang membuatkan aku teruja dengan lagu ini sebenarnya ialah permainan bassnya yang penuh bertenaga. Memang sudah menjadi trademark bagi produksi lagu-lagu Jepun untuk mengutamakan bunyi bass (….bunyi bass yang lebih luas….frequency-wise) dengan kebanyakan bassline lagunya menampilkan permainan yang lebih “berbunga”. Ini sebenarnya yang membezakan muzik yang dihasilkan di Jepun dengan mana-mana muzik di dunia ini. Tak percaya? Dengarkan sahaja lagu-lagu barat, kau orang akan perasan yang bunyi bass hanya menjadi pelengkap kepada spektrum frekuensi sahaja (kecuali lagu-lagu dari album solo pemain bass…haha).
Walaupun bassline lagu ini tidaklah begitu funky dari sudut permainan bass, ianya sudah cukup dinamik dengan attackyang lunak di beberapa tempat di dalam lagu. Oleh itu, sekiranya kau orang meminati bunyibass (maksud aku bukan bass macam lagu Feng Tau….), lagu ini pasti tidak akan mengecewakan kau orang….hehe.
4 bintang untuk lagu ini…….