Main

Apakah Itu Search Engine Optimization (SEO)?

Anda mungkin kerapkali mendengar tentang Search Engine Optimization atau dikenali sebagai SEO dalam dunia pemasaran digital, tetapi adakah anda benar-benar memahami apa itu SEO? Dalam artikel ini, anda akan mengetahui tentang SEO dan bagaimana ia boleh membantu dalam pemasaran digital untuk perniagaan anda.


Seperti yang dinyatakan, SEO bermaksud Search Engine Optimization dan ia adalah pelaksanaan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti lalu lintas ke laman web. Melalui amalan ini, laman web anda, dan juga jenama anda, akan mendapat pendedahan keputusan enjin carian – bermakna pendedahan tidak berbayar. SEO akan mengeluarkan hasil carian berdasarkan pilihan pengguna kerana ia adalah apa yang mereka cari menggunakan enjin carian sebelum ini. Oleh itu, ia adalah pemahaman tentang apa yang pengguna mencari dalam talian, jenis perkataan yang mereka gunakan untuk mendapatkan perkara-perkara tertentu, jawapan atau kandungan.

Setelah mengetahui ini, ia memudah pemasar digital untuk menyampaikan dan berhubung dengan pengguna kerana mereka boleh memberi penyelesaian kepada pemasalahan pengguna. Jadi tugas SEO ini adalah untuk mengetahui apa yang pengguna mahu dan memberi penyelesaian kepada mereka dengan sewajarnya melalui enjin carian.SEO ini penting kerana ia menjana majoriti lalu lintas atas talian tanpa iklan yang berbayar, media sosial dan laman web atas talian yang lain menjana trafik ke laman web anda. Pemasaran atas talian, menunjukkan bahawa SEO merupakan satu-satunya saluran yang boleh menyumbang dengan bayaran dividen dari masa ke semasa jika ia disediakan dengan betul.

Pemilik laman web perlu menyediakan kandungan yang baik dengan kata kunci yang tepat untuk pengguna dan secara tidak langsung akan membawa laman web mereka ke kedudukan yang sepatutnya dengan meningkatkan lalu lintas dengan pantas. Mereka perlu mengoptimumkan laman web mereka supaya ia boleh menyampaikan maklumat kepada enjin carian dan kandungan akan diindekskan, dengan itu dipaparkan dalam hasil carian.


Terdapat pelbagai jenis teknik SEO yang berbeza antara satu sama lain. Bagi perniagaan atau syarikat yang cuba untuk menaikkan kedudukan SEO laman web mereka lebih tinggi boleh menjadi sukar dan membosankan, kerana terdapat banyak laman web lain yang juga bersaing untuk kedudukan yang lebih tinggi.

Namun begitu, SEO boleh membantu laman web anda untuk bergerak ke bahagian atas halaman carian SEO dan mendapat lebih banyak trafik. Artikel ini akan membincangkan tentang tiga jenis SEO serta penggunaannya agar ia boleh membantu pemasar digital untuk membezakan cara ia berfungsi serta dapat membuat keputusan yang tepat bagi menaikkan kedudukan laman web mereka dalam SEO.


Teknik pertama dipanggil White Hat SEO. Jenis SEO ini adalah untuk matlamat jangka masa panjang laman web anda. Dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak lalu lintas untuk jangka masa yang lama, ianya sangat bermanfaat untuk peningkatan lalu lintas pada laman web anda. Teknik White Hat SEO, dilakukan melalui cara yang beretika dan mengambil masa yang lama dalam usaha untuk gerakkan kedudukan laman web anda di SEO. Teknik White Hat SEO tidak bercanggah dengan garis panduan webmaster yang dibuat oleh enjin carian, dan ia pasti akan membantu laman web anda sampai ke kedudukan atas SEO, walaubagaimanapun, ia adalah satu proses yang membosankan berbanding teknik-teknik lain.


Teknik kedua, SEO yang dipanggil Black Hat SEO. Teknik Black Hat SEO ini hampir sama dengan teknik lengkap White Hat SEO. Black Hat SEO mempunyai matlamat yang sama dengan White Hat SEO, iaitu digunakan untuk mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi. Teknik Black Hat SEO ini bagaimanapun tidak beretika kerana ia tidak mengikut garis panduan webmaster dan sebuah laman web itu boleh menghadapi risiko yang tinggi atau dikeluarkan sepenuhnya dari enjin carian. Teknik ini datang dengan banyak risiko, dan ia adalah hanya untuk matlamat jangka masa pendek.


Teknik terakhir dipanggil Grey Hat SEO. Teknik SEO ini adalah campuran kedua-dua Black Hat dan White Hat. Ia pada asasnya campuran kedua-dua teknik oleh itu ia masih datang dengan risiko yang dihadapi akibat kerana ia melanggar peraturan webmaster.

Tonton video ini untuk maklumat lebih lanjut:


Anda telah mengetahui perbezaan antara teknik SEO yang ada, jadi bagaimana pula untuk menghsailkan kandungan laman web yang berkualiti untuk meningkatkan SEO? Bagi Melambungkan SEO laman web, anda bukan sahaja perlu menyediakan kandungan artikel dengan bebanan kata kunci, tetapi anda juga perlu mewujudkan kandungan laman web yang mampu menarik pengguna sasaran anda. Banyak pesaing e-dagang yang mengambil kesempatan dengan menggunakan kata kunci untuk mendapatkan lebih banyak pautan dan pengguna ke laman web mereka.

Walaupun mereka tidak menggunakan kandungan sendiri, dan hanya copy paste maklumat yang diperoleh dari pemasar atas talian terbaik di luar sana. Pencipta kandungan pasti akan membaca artikel yang terbaik tentang topic yang diberikan kepada kami sebelum menulis artikel mereka tersendiri. Tiada kesalahan dalam membaca artikel lain untuk mendapatkan isi kandungan, walau bagaimanapun, ia lebih baik untuk menggunakan kata-kata sendiri apabila mentafsir data yang telah diperolehi. Jadi, bagaimana hendak menghasilkan kandungan berkualiti untuk menaikkan SEO laman web? Klik sini untuk maklumat lebih lanjut tentang kandungan berkualiti.


Pertama sekali, kenali pengguna anda. Sebagai MVPs perniagaan, pelanggan adalah perkara yang amat penting. Anda perlu tahu siapakah pengguna sasaran, apa yang mereka mahu, perkara yang menarik minat mereka, soalan-soalan yang pasti mereka bertanya dan yang paling penting, jawapan kepada soalan-soalan mereka kerana itu merupakan kandungan berkualiti.

Sehubungan dengan itu, anda juga perlu menggunakan bahasa mereka. Apa maksudnya? Ia bermakna anda perlu melakukan kerja yang lebih dengan memberi telinga anda kepada pengguna, pergi ke ceramah dan forum di mana mereka menyuarakan pendapat dan soalan-soalan mereka, membaca ulasan mereka pada halaman anda dan juga berhubung dengan mereka melalui platform media sosial. Maklumbalas mereka amat penting, begitu juga kata-kata mereka.

Dengan berbuat demikian, anda boleh menggunkan peluang ini untuk menambahbaik kandungan laman web anda berpandukan kehendak pengguna dan secara tidak langsung, menaikkan kedudukan SEO dalam dunia pemasar atas talian sebelum mensasarkan ke SEO luar negara.


Selain itu, anda perlu mengekalkan tumpuan kepada pelanggan anda. Harus diingat bahawa posting di blog anda bukan halaman jualan. Jika anda ingin berbuat demikian, wujudkan satu halaman eksklusif untuk sebarang pertanyaan jika ada pengguna yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk yang anda jual. Jadi, apa yang perlu anda lakukan dengan posting blog anda itu?

Jadikan ia sebagai medium untuk mereka menjana soalan dan pendapat mengenai produk anda. Ini akan membantu dalam membina hubungan dan mewujudkan amanah antara anda dan pengguna anda. Selain itu, anda perlu konsisten dengan kandungan yang diwujudkan. Kemas kini blog anda dengan kandungan yang berkualiti yang mengandungi maklumat terkini dari perniagaan anda.


Semoga artikel ini telah membantu anda untuk membezakan teknik SEO yang ada serta cara untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti. SEO boleh menawarkan banyak perkhidmatan untuk membantu laman web anda bergerak ke kedudukan atas dan akan menjamin tempat di halaman pertama.

Comment here