Mengenai Blog TIMIZERO

Blog ini telah bermula semenjak bulan September 2012. Pada asalnya ia telah diberi nama “Aku Rasa…..”, sejajar dengan matlamat penulis ketika itu yang kononnya mahu meluahkan apa sahaja yang terbuku di hati… 
Namun setelah melihat dan merasai suasana sebenar dunia blog tempatan selama beberapa ketika, penulis telah mengambil langkah drastik dengan menukar nama blog ini kepada TIMIZERO yang lebih padan dengan nama domain yang sedang digunakan…
Secara amnya, TIMIZERO lebih tertumpu kepada penulisan hal-hal yang berkaitan dengan muzik. Antara kategori postingan yang paling banyak di sini ialah Review Lagu, yang mana penulis cuba melontarkan pendapat peribadi mengenai lagu-lagu tempatan dan luar negara yang sempat sampai ke telinga beliau.
Selain daripada itu, ada juga kategori-kategori lain seperti Review Drama Jepun, cerita Audio, tutorial Sumo PaintSilence Day, serta perkongsian pendapat mengenai perkara-perkara berkaitan blogging.
Oleh kerana kebanyakan kategori di atas adalah lebih kepada minat penulis, ia mungkin agak sukar untuk diterima dan dihadam oleh sesetengah lapisan pembaca. Disebabkan itu, untuk mengimbangi situasi ini penulis rajin juga menyelitkan entri-entri yang umum dan ringan, di samping menyertai segmen-segmen anjuran rakan blogger yang lain…
Buat masa ini, blog TIMIZERO menggunakan domain www.timizero.my. Penulis walaubagaimanapun, tidak pasti adakah penggunaan domain ini akan berkekalan buat selama-lamanya. Jika ditakdirkan domain www.timizero.my tidak dapat diperbaharui atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan nanti, blog ini akan kembali menggunakan nama blogspot lamanya iaitu timizero.blogspot.com

Mengenai Penulis

Blog TIMIZERO ditulis dan dikawal selia oleh +Hatimi Tahirruddin atau nama samarannya Timizero. Walaupun penulis adalah seorang yang agak dewasa dari aspek usia sebenar, beliau masih mentah dalam hal-hal berkaitan penulisan, pengurusan blog serta dunia IT secara amnya… 
Oleh itu penulis sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat mahupun kritikan untuk memperbaiki serta mempertingkatkan mutu penulisan di blog TIMIZERO ini. Sila ajukan sebarang cadangan dengan menghantar e-mel kepada penulis menerusi halaman CONTACT
Selain daripada blog ini, penulis juga ada menerbitkan dua buah lagi blog lain iaitu:

  • Eksperimen Lah Sangat
  • Guna Web | Guna Web Untuk Semua!!

Penafian

Segala yang tercatat di blog TIMIZERO adalah berdasarkan pendapat peribadi penulis semata-mata. Walaupun ada sesetengah artikel ditulis berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi dari internet, ianya tidak semestinya betul dan tepat. Pembaca disarankan supaya membuat kajian atau mendapatkan pandangan pakar terlebih dahulu, jika ingin menggunakan sebarang maklumat yang ada di blog ini.
Untuk memberi kepuasan kepada pengunjung, entri-entri di blog TIMIZERO kerap kali menggunakan imej dan video yang diambil dari laman sesawang lain. Jika ada di antara media ini dengan sengaja ataupun tidak telah melanggar hak cipta dan privasi mana-mana pihak, sila hubungi penulis agar ianya boleh dibuang dari blog ini dengan serta-merta…